Nuffnang Ads

Monday, October 17, 2011

Para syuhada

Dari Miqdam bin Ma’dikarib r.a bahawa Rasullulah s.a.w bersabda:”Bagi seorang syahid di sisi Allah enam kelebihan

  1. Diampunkan baginya pada titisan darahnya yang pertama
  2. Diperlihatkan tempatnya di dalam syurga
  3. Dijauhkan dari azab kubur
  4. Diamankan ketika kejutan terdahsyat(di akhirat)
  5. Dipakaikan baginya mahkota ‘al-waqar’;sebutir permatanya lebih baik dari dunia dan seisinya
  6. Dikahwinkan dengan 72 orang bidadari
  7. Dianugerahkan syafaat untuk tujuh puluh orang ahli keluarganya”

Roh para syuhada berada di syurga

Rasullulah s.a.w bersabda :”Roh para syuhada berada di dalam burung berwarna hijau, bagi mereka lampu-lampu yang tergantung pada al-Arsy, mereka bersiar-siar di dalam syurga ke mana sahaja mereka mahu dan kemudian kembali kepada lampu-lampu tersebut” Riwayat Muslim

Jasad Para Nabi dan Syuhada Tidak Dimamah Bumi

Rasullulah s.a.w bersabda:”Tiada sesuatu pun dari manusia melainkan hancur binasa kecuali tulang iaitu ‘ajbu az-zanab’ daripadanya dibangkitkan manusia pada hari kiamat” Riwayat Muslim dan Ibni Majah”

Rasullulah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas bumi jasad para nabi” Riwayat Abi Daud dan Ibni Majah

Firman Allah:”Jangan kamu sangka bahawa mereka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup di sisi Allah dan diberikan rezeki”Ali-Imran

No comments:

Post a Comment